ULAMA

ULAMA

Tuesday 22 April 2014

Sifat 20 ALLAH







Assalamualaikum semua. . jom kita belajar sesuatu nak x ??haa ..jom kita kenal sifat Allah ..sudah kita ketahui sifat Allah ada 20 kan ??so , pengasas ilmu tauhid ni ada dua , Abu Mansur Al Maturidi dgn Abu Hassan Al-Ashari ..menjadi fardhu ain bg kita mempelajari ilmu akidah ni ,, tambahan pula mengenal Allah ,Jadi , jom kita sama2 mempelajarinya dengn lbh lnjut .. ( ^-^) ..





Ni laa pecahan bg 20 sifat wajib bagi Allah .timbul satu persoalan .. adakah sifat mustahil bg Allah ada pada zat Allah ..macam wujud lawannya tiada , bg sesiapa yg mengatakan Allah bersifat dengn sifat mustahil .xkan mereka maksudkan Allah tu tiada ??haa .. mcmna tu ??nnti dulu .. Terdapat beberapa pandangan ulama menyatakan bahawa kita kena letak perkataan 'TAK' dekat sifat mustahil Allah ..sebagai contoh ,, sifat mustahil bgi Allah adalah bisu ..so ?letakkan Allah TAK bisu .so maksudnya akan sama dengan maksud Allah berkata-kata ..:) ,,,semoga entry ini memberi manfaat kepada semua .

#TEGURLAH SAYA JIKA SAYA SALAH .KEPADA SESIAPA SAJA YANG MEMBACA ENTRI INI.SETIAP MANUSIA TAK TERLEPAS DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG KESILAPAN .













Wednesday 2 April 2014

hati-hati

sapa yang menggelarkan seseorang dgn perkataan yg bleh menyakitkan hti seseorang ,berdosa tau?walaupun skadr melawak ..sbb nanti org lain akan ikut pggl mcm tu.lpas tu??kalau dah ramai2 pggey?apa akibtnya?huhu.jga mulut nah ?

Tuesday 1 April 2014

TAUBAT SEORANG REMAJA



Laungan azan yang dikumandangkan memecah kesunyian di Kampung Seri Jawa.Aku dengan segera menapakkan kakiku ke arah kamar mandi di penjuru rumahku untuk mengambil air sembahyang .Harapan aku hampa apabila terdengar deruman air menandakan ada seseorang sedang menggunakan kamar mandi rumahku . ‘
Emak!emak buat apa tu ?’tanyaku dalam nada sinis .
Amboi , kau ni jib .dah tahu emak dalam bilik air ,takkan nak goreng lauk ?mandi lah.jawab ibuku .
Aku tertawa sendirian lalu melangkah meninggalkan ibuku.
Telingaku tertangkap bunyi motosikal Honda ex5 milik ayahku .Ayahku pergi ke masjid tanpaku.Mungkin dia bosan menungguku terlalu lama di luar rumah. Bisik hati kecilku memujuk perasaanku yang kian hampa .Aku menuju ke arah ruang tamu untuk menonton televisyen.Aku melabuhkan punggungku di atas sofa yang empuk .Aku mencari-cari  alat kawalan jauh  untuk menghidupkan televisyen .
‘sini kau rupanya, puas aku cari’kataku apabila menjumpai alat kawalan jauh tersebut .
Aku terus membuka saluran Astro Oasis  yang mengalunkan zikir-zikir untuk santapan rohani.Bibirku menari-nari mengikut setiap zikir-zikir yang masuk ke dalam telingaku.Tiba-tiba mataku terlirik ke arah sekeping gambar di dalam kabinet .Aku tertarik untuk mengambil gambar tersebut dari kabinet.Gambar tersebut adalah gambar keluargaku semasaku masih kecil.mataku tertikam ke arah wajah adikku.Tiba-tiba tanpaku sedari ,air mataku jatuh menyembah bumi

Wajah adikku menjadi jambatan kepada ingatanku untuk menyeberang bagi menemui detik-detik peristiwa menyayat hati yang berlaku lima tahun yang lalu.Wajah adikku memanjat kepalaku dan berlari-lari dalam ingatanku.Disebabkan keputusanku yang agak teruk,aku didaftarkan di Sekolah Menengah Anjung Seri.Hancur luluh hati kedua ibu bapaku apabila melihat keputusan UPSR milikku .
5D !bertuah punya anak ,kau pergi sekolah buat apa jib?Tanya ibuku dengan nada kesal .Kekesalan Jelas terpampar di raut wajahnya .Aku hanya diam tanpa bicara.Sukar untukku memberikan jawapan kepada soalan ibuku itu .
Aku didaftar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jaya dan dimasukkanke kelas 1 USAHA , kelas yang paling tercorot di sekolah itu .Aku banyak bergaul dengan pelajar-pelajar bermasalah di sekolah itu.Aku selalu mengikut rakan-rakanku ponteng dan pergi ke kafe siber di pekan yang berdekatan.Namaku sering meniti dari bibir ke bibir guru-guru di sekolahku.Namaku sering dikaitkan dengan masalah-masalah disiplin.Ibu bapaku sering dipanggil untuk berjumpa dengan pengetua.Tidak kurang hebatnya sikapku di kampung,aku sering mencuri keropok di kedai Ah Keang.Sapa tak kenal anak Razali dan Zainab dalam kampung Seri Jawa memang tak sahlah.Akulah budak yang paling nakal di kampungku. Segalanya telah dilakukan kepadaku oleh ayahku untuk mengubah sikapku.Aku pernah dirotan menggunakan tali pinggang kulit buaya milik ayahku.Badanku penuh dengan kesan calar balar kesan rotan ayahku.Tapi,sikapku tetap sama.Satu hari ,pertengkaran berlaku antara aku dan ayahku
.’Ajib!aku dah tak tahan dengan sikap hang ,baik hang keluar dari rumah ni sekarang !’Jerkah ayahku sekuat-kuat hati.Bergetar seluruh badanku mendengar suaranya bak guruh yang berdentum itu.Tanpa sepatah kata dari bibirku,aku melangkah ke arah pintu dengan muka yang selamba.
’Kemana kau nak pergi nak ?’tanya ibuku.’
Dah orang tak sudi ajib tinggal dalam rumah ni,Buat apa Ajib terhegeh-hegeh lagi.Biar Ajib pergi dari sini Mak’.kataku dengan  nada yang agak kasar.


Aku terus pergi mendapatkan motosikal 125Z milikku.Aku pergi meninggalkan rumahku tanpa membawa pakaian dan duit.Aku terus menunggang motosikalku ke arah hutan yang menjadi tempat untuk budak-budak nakal melepak di situ.Sudah menjadi kebiasaan bagi kami untuk menghabiskan masa bermain judi,hisap rokok di hutan itu.
‘Ajib,kenapa muram ja ni?’tegur rakanku.
’Aku kena halau dari rumah buruk tu,sekarang ni aku nak tinggal di mana?’jawabku kebingungan.
‘Jangan risau Ajib,sekarang inilah rumah kau.Selamat datang ke syurga.’Kata kawanku sambil ketawa terbahak-bahak.
‘Tapi ,aku tak bawa sebarang baju ke sini,’kataku kekeliruan.
‘Banyak sangat tapi kau tu Ajib,sabar jib ,Aku akan pastikan kau dapat hidup di tempat ni .Kita kan sahabat dunia akhirat.Dah,sekarang ni mari ikut aku.Banyak rahsia dalam hutan ni yang kau tak tahu Ajib.Sekarang kau dah tinggal di sini.Dah jadi ahli kumpulan kami.kata kawanku ikmal untuk menyedapkan hatiku.
Aku segera menongkatkan motosikalku berdekatan pokok yang rendang.Ikmal membawaku masuk ke dalam hutan belantara itu.Jauh sekali kami berjalan di dalam hutan itu.’Ke mana Ikmal nak bawa aku ni,’bisik hati kecilku.Sejauh 5 kilometer kami berjalan.Kami tiba di satu rumah banglo yang agak usang.Tak ku sangka Banglo tersebut berada di dalam hutan belantara sebegini.Bunyi orang menjerit mengejutkan aku yang sedang kekeliruan.
‘Bunyi apa tu Ikmal?’tanyaku untuk mendapatkan kepastian.
‘Sabar,kejap lagi kau akan tahu jawapannya.’Kata Ikmal sambil tersenyum sinis



Kerisauan mula timbul di dalam sanubariku.Beberapa minit kemudian pintu banglo tersebut dibuka oleh Ikmal .Ikmal menggerakkan-gerakkan jari telunjuknya ke arahku untuk memanggilku masuk ke rumah tersebut.Dengan perasaan yang bercampur baur,aku memberanikan diri untuk masuk ke dalam banglo tersebut.Sampai di hadapan pintu aku terkejut melihat seorang lelaki berbadan tegap berkaca mata gelap sedang menghiris jari seorang lelaki tua.Baru aku tahu suara yang menjerit tadi adalah suara milik lelaki tua tersebut.Tapi,kenapa agaknya dia diperlakukan sebegitu?Berbagai-bagai soalan bermain di mindaku.Ikmal pergi ke arah lelaki berbadan tegap tersebut dan membisikkan sesuatu ke arah telinganya.Lelaki berbadan tersebut mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali.Lelaki tersebut bangun dari tempat duduknya lalu menghampiriku.
‘Kau nak jadi ahli kumpulan ni ya?’tanya lelaki berbadan tegap tersebut.
‘Ya’jawabku sambil menundukkan kepalaku.
‘Nah,ambil pisau ni,pergi sambung kerja aku.’Kata lelaki tersebut sambil menghulurkan pisau kepadaku.
Aku bagaikan dihasut oleh syaitan.Aku terus mengambil pisau tersebut dan menghiris jari jemari lelaki tua itu sehingga putus.Aku sudah hilang pertimbangan.Akalku gagal menentukan di antara hak dan bathil.Semua orang yang berada di situ terpegun dengan sikap ganasku.Mereka bersorak kegembiraan.
‘Padan muka kau orang tua,pandai pinjam duit,tapi nak bayar tak pandai,sekarang kau rasakan.kata  salah seorang di antara mereka.kini baruku tahu mengapa lelaki tua tersebut diperlakukan sebegitu.Aku letakkan pisau tersebut dan pergi mendapatkan Ikmal.
‘Ganas juga kau ni Ajib.’kata Ikmal sambil menepuk-nepuk belakangku.
Aku bersalaman dan berkenalan dengan semua ahli kumpulan tersebut.Aku tidak menyangka begitu ramai ahli kumpulan itu.Mereka terdiri daripada lelaki dan perempuan .Kesemuanya memakai pakaian berwarna hitam.
Setelah beberapa hari aku bersama kumpulan itu,aku dapat rasakan hidupku kini berubah sepenuhnya.Setiap malam kami disajikan dengan lagu-lagu rock,makan darah kambing,minum arak,dan berkhayal.Di waktu pagi,semua ahli kumpulan pergi ke Bandar untuk mencari wang untuk membeli dadah ,kerana dadah yang selalu diambil oleh kami harus dibeli daripada ketua kumpulan.Pelbagai cara kami gunakan untuk mendapatkan duit antaranya pukau,ragut,rompak.
Pada satu hari,aku gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah.Disebabkan terlalu ketagih,aku bertekad untuk mendapat wang untuk membeli dadah walau dengan apa cara sekalipun.Aku menunggang motosikal ke rumah kediaman keluargaku.Hatiku lega kerana motosikal milik ayahku tiada di bangsal.Aku melangkah perlahan-lahan menaiki tangga supaya tiada sesiapa menyedari kehadiranku.
Mataku liar memerhatikan ruang tamu rumahku.Jarum jam di dinding tepat menunjukkan jam 11 pagi.Kebiasaannya pada waktu sebegini  ibuku akan menunaikan solat dhuha.Aku melangkah perlahan-lahan ke bilik ibuku.Aku melirik mataku ke arah bilik solat di rumahku.Aku tersenyum sendirian.Seperti yang ku jangkakan ,ibuku berada di dalam bilik solat.Tanpa melengahkan masa,aku memperlahankan langkahku ,supaya bunyi tapak kakiku tidak disedari ibu
Ini merupakan kali pertama aku berada dalam bilik ibuku.Entah kenapa ibu dan ayahku melarang aku dan adikku berada dalam bilik mereka.Persoalanku selama beberapa tahun yang lalu telah terjawab.Rupa-rupanya ayah  telah mewarisi keris kebanggaan arwah datuk yang sangat terkenal dengan ilmu persilatannya.Kini ,ayahku telah mewarisi ilmu persilatannya.Aku menyangka Pak Teh Hasan yang mewarisi keris tersebut kerana Pak Teh lah yang menyambung tugas arwah datukku menjadi guru silat kampung kami.Aku menghampiri keris tersebut dan cuba menyentuhnya.Tetapi aku sudah kesuntukan masa ,Aku terus mengalihkan badanku ke arah almari dan mendekatinya.Aku cuba membuka pintu almari.Tetapi harapanku hampa kerana almari tersebut berkunci.Aku menendang pintu almari itu sekuat hati untuk membukanya.Setelah Berjaya memecahkan pintu almari,Aku menggeledah almari tersebut dengan rakus sekali.Senyuman mula terukir di wajahku apabila aku menjumpai sebuah beg yang berisi emas yang sangat banyak.Habis bersepah baju ibu dan ayahku di atas lantai.
Tiba-tiba aku disentuh oleh seseorang dari belakang,belum sempat untukku mengalihkan pandangan ke belakang,aku telah ditendang sekuat hati hingga terperosok ke hujung bilik.
Aduh!aku menjerit kesakitan.
Kepalaku terhantuk di meja yang terdapat di hujung bilik itu dengan kuat sekali.Darah mula mengalir dan jatuh menyembah bumi dari kepalaku bagai turunnya air dari daun keladi.Lalu,sesusuk tubuh yang agak tegap menghampiri diriku.Dia menarik rambutku dan menggenggam penumbuk untuk membelasahku.Tetapi dia membatalkan hasratnya apabila melihat wajahku
‘Ya Allah ! abang Ajib.Maafkan adik abang,adik ingat pencuri yang masuk dalam rumah tadi’.Kata adikku Shahrul sambil melepaskan kembali rambutku.
Aku hanya mendiamkan diri dan membawa beg yang berisi emas tersebut keluar  dari bilik ibu.Belum sempat untukku melangkahkan kaki keluar dari rumah,aku disapa oleh suara ibuku yang sayu.Entah mengapa aku rasakan langkahku menjadi kaku apabila mendengar suara ibu.Ibuku merenung wajahku yang penuh dengan tatu,telingaku dihiasi subang-subang berwarna hitam ,tidak kurangnya juga dengan hidung dan lidahku.Semuanya telah ditindik oleh subang-subang berwarna hitam.
Adikku kemudiannya datang ke arahku dan merentap beg dari tanganku.Rentapan adikku yang kuat Berjaya melepaskan beg dari genggamanku.Aku rasa tercabar dengan perbuatan adikku itu.Badanku menggigil-gigil menahan kemarahan.Aku menggengam erat jari jemariku dan terus menumbuk muka adikku.Adikku menepis tumbukanku dengan mudah.Adikku dan aku mula membuka langkah silat masing-masing.Kami bergelut dengan menggunakan langkah silat yang kami pelajari dari Pak Teh.Aku tidak menafikan langkah dan serangan adikku lebih mantap berbandingku kerana dia merupakan pesilat yang paling lincah di kampung kami.Segala buah kunci,buah pukulan jatuh yang ku lakukan diatasi oleh adikku dengan mudah.Ibuku tidak henti-henti menggesa kami hentikan pergelutan.Tetapi ,Kami tetap mengendahkan kata-kata ibu kerana kedua-duanya dirasuki nafsu amarah yang tinggi.
Aku mengambil pisau dari dalam poketku.Pisau itu sering ku bawa untuk membuat persediaan semasa meragut bersama ahli kumpulanku.Aku terus menghunuskan pisau ke arah adikku.Tetapi adikku masih mampu menangkis seranganku.Aku menolak adikku dan menyepak kakinya,adikku jatuh terlentang di atas lantai.Tanpa berfikir panjang aku terus menikam adikku bertubi-tubi hingga darahnya terpercik ke mukaku.Aku hentikan tikaman apabila adikku sudah tidak bermaya lagi.Aku sempat melihat mulut adikku terkumat-kamit membaca sesuatu dan aku pasti adik aku sempat mengucapkan lafaz syahadah sebelum roh berpisah dari jasadnya.Adikku menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam ribaanku.Aku terkedu ,degupan jantungku semakin kencang.
Adik,jangan tinggalkan mak nak,kata  ibuku sambil memeluk erat jasad kaku adik.Aku cuba mendekati ibu untuk memohon maaf,belum sempat aku mengeluarkan kata-kata pipiku terasa pedih bagaikan terkena air yang sangat panas.Tamparan ibuku hinggap ke mukaku yang dipenuhi tatu.Aku terdiam kaku seperti jasad adikku.Sepanjang hidupku, tidak pernah ibuku melakukanku sedemikian rupa.Dahulu ,semasa ku dipukul dan dimaki oleh ayah,ibu yang menjadi tempatku mengadu,ibu sentiasa mengeluarkan kata-kata azimat untukku untuk memulihkan kembali semangatku.
‘Keluar dari rumah aku.Aku tak pernah ada anak sejahat ni.Kau bukan anak aku!aku tak halalkan susu yang kau minum dari badanku!Pergi!pergi!kata ibu sambil menolakku ke luar rumah.
Aku bagaikan bangkai bernyawa sewaktu ibuku berkata begitu.Langkah kakiku lemah gemalai menuju ke motosikalku.Aku rasa bagaikan diriku sudah mati.langkah kaki di atas muka bumi ini sudah tidak dapat ku rasakan lagi.Aku menunggang motosikalku tanpa arah dan tujuan.Aku rasakan diriku sudah tiada gunanya lagi.Sejauh 20 kilometer aku menunggang motosikalku,aku tidak tahu ke mana harus ku tuju.Beberapa minit kemudian aku terdengar muazzin melaungkan azan.Laungan azan yang dilaungkan akurasakan seperti menembak masuk ke dalam hatiku.Hatiku menjadi sayu apabila mendengar kalimah kalimah yang mulia itu.Terasa bagai ada satu kuasa yang menarikku ke arah masjid yang berdekatan.
Sampainya aku di pintu pagar masjid itu menjadi persoalan kepada semua orang yang berada di situ.Mereka seolah-seolah sedang melihat makhluk asing di hadapan mereka.Semua mata-mata di situ seolah-olah memerhatikanku.Mana tidaknya,dengan muka dipenuhi tatu,bertindik di sana-sini,dengan seluar jeansku yang koyak di sana sini menjadi persoalan kepada mereka semua.Aku terkaku di hadapan pintu pagar masjid.Secara tiba-tiba seketul batu yang agak besar hinggap di kepalaku.
Hoi !kau buat apa tu?nak mencuri ya?kata salah seorang daripada orang yang berada di sekelilingku.Darah mengalir dari kepalaku sekali lagi.Aku segera memecut motosikalku pergi meninggalkan mereka.Kejamnya dunia,sering memandang serong terhadap orang sepertiku,tidak hairanlah jika kita lihat ramai para remaja sanggup menceraikan jasad dan rohnya sebelum ajalnya.Bisik hati kecilku.
Aku menghentikan motosikalku di sebuah kampung,aku menggagahkan diriku untuk berjalan ke rumah berdekatan ,tetapi ,aku sudah tidak bermaya,segala-galanya menjadi kabur.Aku terjatuh di atas jalan tar yang sangat panas.Tetapi aku sudah tidak dapat lakukan apa-apa lagi.Aku rasakan tubuhku seperti batu.Tidak dapat bergerak lagi.Aku sedar ini balasan Allah atas perbuatanku terhadap keluargaku dan maksiat yang aku lakukan selama ini.Akhirnya,aku tertidur di atas jalan tar yang hangatnya seperti air yang mendidih.
Kedua-dua kelopak mataku bergerak-gerak untuk memperlihatkan daku akan kebesaran Allah sekali lagi.Aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih memberikan aku masa untukku bertaubat kepadanya.Aku terkejut apabila mendapati diriku berada di atas tilam karpet yang agak empuk.Di manakah aku sekarang ?adakah aku masih bermimpi?aku menampar-nampar pipiku untuk memastikan aku benar-benar terjaga dari tidur yang lena.Ya Allah,rupa-rupanya aku benar-benar terjaga di alam dunia yang fana.Dunia yang penuh dengan tipu daya.Tetapi,adakah Allah akan menerima taubatku ?Aku sudah hanyut dengan tipuan dunia.Mataku gagal melihat jalan-jalan kebaikan kerana telah  ditutupi oleh syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan manusia.Segalanya dusta dan gelap mengaburiku.Aku tersasar daripada jalan kebenaran.Ya Allah,Adakah kau akan ampuni dosaku ini?jerit hati kecilku.
Seorang lelaki yang agak tua dan berjubah datang kepadaku.Aku seakan-akan kenal akan lelaki tersebut.
Kamu sudah bangun ya nak?Apa tujuan kamu datang ke Kampung Lubuk Tebrau ini nak?petang tadi pak cik nampak kamu terbaring di atas tar.Pak cik dan anak Pak Cik bawa kamu ke bilik rehat dalam masjid ni.Kata Lelaki tersebut sambil menghulurkan air kepadaku.
Aku ternampak kesan balutan di tangan kanannya.Ya Allah,inikan lelaki tua yang menjadi mangsa keganasanku tempoh hari?Kerana terlalu rakus dengan kemewahan dunia aku sanggup menghiris jari jemarinya.
‘Nama pak cik Harun,sebenarnya pak cik kenal kamu,kamu yang menghiris tangan pak cik tempoh hari bukan?’jangan risau pak cik dah maafkan kamu.Mungkin ini kafarah yang Allah berikan kepada pak cik kerana pernah membunuh adik pak cik semasa pak cik remaja seperti kamu nak’Pak cik itu berkata dalam suara tersekat-sekat,Aku dapat melihat takungan air di kelopak matanya.Mungkin dia segan menitiskan air matanya di hadapanku.
Nak,kamu dah solat ?tanya pak cik itu.
Aku terdiam sejenak,solat?seumur hidupku hanya sekali dua sahaja aku bersolat.Itupun semasa aku darjah lima.Semasa ujian amali untuk peperiksaan UPKK.Ibuku selalu menegurku untuk bersolat apabila aku asyik menonton cerita kartun sewaktu dahulu.Aku selalu berpura-pura mengambil air sembahyang,aku basahkan tangan,muka,kaki,kepala dan kemudian aku terus pergi ke bilikku untuk solat.Aku menutup pintu bilikku kemudian berbaring di atas katil.Jika ibuku membuka pintu aku akan berpura-pura duduk dalam posisi tahiyat akhir.setelah sekian lama termenung aku memberanikan diri bercakap dengan lelaki tersebut
Pak cik sa..sa..yaa..tak pernah sembahyang pak cik.jawabku dengan terketar-ketarAstaghfirullahalazim,.Pak Cik Harun hanya menggeleng-gelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan berulang kali
‘Jom,ikut pak cik balik rumah,’Kata pak cik Harun sambil memegang tanganku dengan penuh kasih sayang.
Sampai di rumahnya ,Pak cik tersebut menunjukkan aku kepada isterinya.Isteri Pak cik melebarkan senyumannya terhadapku.Subhanallah,mulianya hati kedua insan ini.Mereka sanggup menjagaku walaupun sudah mengetahui latar belakangku.Tiada sebarang perasaan dendam dan marah terhadapku.
Setelah makan tengahari bersama keluarga Pak cik Harun,aku meminta diri untuk mandi.Tetapi pak cik Harun menahan keinginanku.Pak cik mengajakku ke arah ruang tamu.Pak cik Harun mengeluarkan buku fekahnya yang bertajuk ‘Indahnya Bersuci’.Pak cik Harun mengajarku cara-cara untuk mandi wajib dan cara untuk mengambil wudhuk dengan tepat.
Setelah selesai mandi dan mengambil wudhuk seperti yang diajarkan oleh pak cik Harun.Aku segera mendapatkan pak cik yang berada di luar rumah setelah berkali-kali memanggilku.Dia mengajakku untuk bersembahyang di masjid.Dengan menaiki motosikal milikku kami bersama-sama pergi ke masjid.Sampai sahaja di masjid aku dan pak cik melangkahkan kaki ke arah Jemaah yang sedah bersembahyang.Aku hanya mengikut setiap perbuatan yang dilakukan oleh pak cik tersebut.Setelah selesai bersembahyang dan berzikir serta berdoa pak cik Harun mengajakku pergi ke hujung masjid.Dia menekan suis untuk menghidupkan kipas.
Pak cik Harun mengajarku cara untuk solat dengan sempurna dan membaca al-quran.Selesai proses pembelajaran kami pulang ke rumah.Begitulah kehidupanku di  kampung Selat Tebrau.Aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana mempertemukan kembali jalan untukku megubah kehidupanku.Tetapi,aku masih belum merasakan ketenangan di hatiku ini.Hari berganti hari,minggu berganti minggu ,sedar tak sedar sudah tujuh bulan aku tinggal di kampung ini.Syukur Alhamdulillah dengan berkat usahaku belajar setiap hari,kini aku dapat membaca Al-Quran dengan lancar.Sembahyang ku juga kian sempurna.Tetapi mengapa ketenangan yang sepenuhnya belum ku miliki.Aku memberitahu masalah yang ku hadapi kepada pak cik tersebut.
‘Pak Cik,saya rasa dosa saya terlalu banyak pak cik,saya dah tak layak terima keampunan dari Allah.’Kataku sambil menahan air mataku yang cuba untuk mengalir.
Segala-galanya telah ku lakukan.Aku pernah menyuarakan masalah tersebut kepada imam masjid sebelum ini,Imam menyarankan aku supaya melakukan solat sunat taubat,dan berqiamullail setiap hari.Sepanjang tujuh bulan berada di sini.Aku tidak pernah terlepas dari melakukan qiamullail dan sembahyang sunat taubat.setiap kali ku berdoa kepada Allah pasti air jernih dari sepasang mataku akan membasahi pipiku,
‘Jangan kata begitu nak, Allah maha pengampun lagi maha penyanyang nak.Allah tak pernah membenci kita walaupun sebanyak mana salah yang kita lakukan kerana asalnya diri kita adalah seorang yang berhati mulia dan bersih dari segala dosa.Tetapi Allah membenci perbuatan kita yang seakan-seakan tidak sedar bahawa kita hanya hamba kepadanya.Cuba kamu fikir apa salah yang pernah kamu lakukan hingga menyebabkan kamu sukar mendapat ketenangan’.kata pak cik Harun kepada diriku.
Aku memejamkan mataku seerat-eratnya, dengan serta merta wajah ibu,ayah dan adikku berlari-lari dalam mindaku.Aku terbayang saat aku mula berubah menjadi jahat hingga ibuku menghalauku dari rumah itu.Aku membuka kedua belah kelopak mataku dan aku menceritakan kepada pak cik Harun semua yang terimbas di dalam mindaku sebentar tadi.
‘Baliklah nak,pulanglah ke tempat asalmu.kata pak cik Harun dengan nada yang sedih.Aku tahu dia simpati dengan nasibku.
‘Tapi Pak cik,kedua ibu bapa saya telah membenci saya pak cik’balasku.
‘belum cuba belum tahu’kata pak cik tersebut
‘baiklah pak cik,terima kasih kerana banyak mengajar saya selama ini.Jasa dan pengorbanan pak cik takkan saya lupakan.

Selepas subuh aku bersalaman dengan semua Jemaah-jemaah di masjid itu.Aku memohon maaf kepada mereka semua atas segala kekhilafanku sepanjang berada di kampung itu.Aku menunggang motosikalku meninggalkan mereka.Kenangan ku bersama mereka takkan pernah ku lupakan.Kini aku menunggang motosikalku ke arah rumahku.Apa reaksi ibu apabila melihatku?sihatkah ibu di sana?bagaimana pula dengan ayahku?bermacam-macam persoalan berlegar-legar di dalam mindaku.
Sampai sahaja di rumah,aku terus menongkatkan motosikalku di bawah sebatang pokok yang rimbun,Aku memberanikan diri,melangkah ke arah pintu rumah yang penuh dengan sejarah silam.Sekali sekala aku menelan air liurku tanda ku takut untuk berjumpa dengan kedua ibu bapaku.
“Assalamualaikum”aku berkata dengan suara yang agak lantang supaya didengari oleh ibu dan ayah ku.
‘Waalaikummussalam’Jawab Ibuku ,
Setelah ibuku berada di muka pintu ,aku terus merebahkan diriku dihadapannya,
‘Maafkan ajib mak,ajib bersalah,Ajib bersalah mak.Ajib menyesal dengan perbuatan Ajib mak.Kataku sambil meraung kesedihan
‘Sudahlah jib,mak dah maafkan kamu nak,mak sering berdoa agar kau kembali ke pangkuan mak,mak mana yang tak sayangkan anak jib?kata ibuku sambil memeluk erat tubuhku.
Lalu ayahku datang kepada kami ,aku turut merebahkan badanku di hadapan ayah tetapi perbuatanku itu dihalang oleh ayahku.
‘Ayah dah maafkan kamu jib.Ayah tahu ayah yang menyebabkan kamu jadi sebegitu.Ayah tak berikan didikan agama kepada kamu dengan sempurna.Kata ayahku sambil memeluk erat tubuhku.



‘Sudahlah nak,mari kita bina ikatan keluarga yang baru,kita lupakan kisah silam yang lalu,yang pergi tetap tetap akan pergi dan  tak akan kembali.Mari kita bina keluarga yang bahagia berlandaskan suruhan agama.Kata ibuku sambil memeluk belakangku.Ketenangan yang ku cari selama ini telah ku temui,Aku bahagia berada dalam dakapan kedua ibu bapaku.Air mataku membasahi pipi dengan banyaknya sekali.
‘Ajib,Ajib ,apa yang kau termenungkan tu ?cepatlah ambil air sembahyang.Mak dah sudah mandi ni.Suara ibuku menyedarkan aku dari lamunanku,
Aku meletakkan gambar tersebut di kabinet dan mencium pipi ibuku lalu aku pergi mengambil air sembahyang untuk menunaikan solat fardhu asar berjemaah bersama ibuku.Aku mengesat air mata yang tersisa di pipiku .Aku bersyukur kerana Allah telah memberikan taufik dan hidayahnya kepadaku.Aku berharap aku akan membesar menjadi manusia yang berjaya suatu hari nanti