Laungan azan
yang dikumandangkan memecah kesunyian di Kampung Seri Jawa.Aku dengan segera
menapakkan kakiku ke arah kamar mandi di penjuru rumahku untuk mengambil air
sembahyang .Harapan aku hampa apabila terdengar deruman air menandakan ada
seseorang sedang menggunakan kamar mandi rumahku . ‘
Emak!emak
buat apa tu ?’tanyaku dalam nada sinis .
Amboi , kau
ni jib .dah tahu emak dalam bilik air ,takkan nak goreng lauk ?mandi lah.jawab
ibuku .
Aku tertawa
sendirian lalu melangkah meninggalkan ibuku.
Telingaku
tertangkap bunyi motosikal Honda ex5 milik ayahku .Ayahku pergi ke masjid
tanpaku.Mungkin dia bosan menungguku terlalu lama di luar rumah. Bisik hati
kecilku memujuk perasaanku yang kian hampa .Aku menuju ke arah ruang tamu untuk
menonton televisyen.Aku melabuhkan punggungku di atas sofa yang empuk .Aku
mencari-cari alat kawalan jauh untuk menghidupkan televisyen .
‘sini kau
rupanya, puas aku cari’kataku apabila menjumpai alat kawalan jauh tersebut .
Aku terus
membuka saluran Astro Oasis yang
mengalunkan zikir-zikir untuk santapan rohani.Bibirku menari-nari mengikut
setiap zikir-zikir yang masuk ke dalam telingaku.Tiba-tiba mataku terlirik ke
arah sekeping gambar di dalam kabinet .Aku tertarik untuk mengambil gambar
tersebut dari kabinet.Gambar tersebut adalah gambar keluargaku semasaku masih
kecil.mataku tertikam ke arah wajah adikku.Tiba-tiba tanpaku sedari ,air mataku
jatuh menyembah bumi
Wajah adikku
menjadi jambatan kepada ingatanku untuk menyeberang bagi menemui detik-detik
peristiwa menyayat hati yang berlaku lima tahun yang lalu.Wajah adikku memanjat
kepalaku dan berlari-lari dalam ingatanku.Disebabkan keputusanku yang agak
teruk,aku didaftarkan di Sekolah Menengah Anjung Seri.Hancur luluh hati kedua
ibu bapaku apabila melihat keputusan UPSR milikku .
5D !bertuah
punya anak ,kau pergi sekolah buat apa jib?Tanya ibuku dengan nada kesal
.Kekesalan Jelas terpampar di raut wajahnya .Aku hanya diam tanpa bicara.Sukar
untukku memberikan jawapan kepada soalan ibuku itu .
Aku didaftar
di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jaya dan dimasukkanke kelas 1 USAHA , kelas
yang paling tercorot di sekolah itu .Aku banyak bergaul dengan pelajar-pelajar
bermasalah di sekolah itu.Aku selalu mengikut rakan-rakanku ponteng dan pergi
ke kafe siber di pekan yang berdekatan.Namaku sering meniti dari bibir ke bibir
guru-guru di sekolahku.Namaku sering dikaitkan dengan masalah-masalah
disiplin.Ibu bapaku sering dipanggil untuk berjumpa dengan pengetua.Tidak
kurang hebatnya sikapku di kampung,aku sering mencuri keropok di kedai Ah
Keang.Sapa tak kenal anak Razali dan Zainab dalam kampung Seri Jawa memang tak
sahlah.Akulah budak yang paling nakal di kampungku. Segalanya telah dilakukan
kepadaku oleh ayahku untuk mengubah sikapku.Aku pernah dirotan menggunakan tali
pinggang kulit buaya milik ayahku.Badanku penuh dengan kesan calar balar kesan
rotan ayahku.Tapi,sikapku tetap sama.Satu hari ,pertengkaran berlaku antara aku
dan ayahku
.’Ajib!aku
dah tak tahan dengan sikap hang ,baik hang keluar dari rumah ni sekarang
!’Jerkah ayahku sekuat-kuat hati.Bergetar seluruh badanku mendengar suaranya
bak guruh yang berdentum itu.Tanpa sepatah kata dari bibirku,aku melangkah ke
arah pintu dengan muka yang selamba.
’Kemana kau
nak pergi nak ?’tanya ibuku.’
Dah orang
tak sudi ajib tinggal dalam rumah ni,Buat apa Ajib terhegeh-hegeh lagi.Biar
Ajib pergi dari sini Mak’.kataku dengan
nada yang agak kasar.
Aku terus
pergi mendapatkan motosikal 125Z milikku.Aku pergi meninggalkan rumahku tanpa
membawa pakaian dan duit.Aku terus menunggang motosikalku ke arah hutan yang
menjadi tempat untuk budak-budak nakal melepak di situ.Sudah menjadi kebiasaan
bagi kami untuk menghabiskan masa bermain judi,hisap rokok di hutan itu.
‘Ajib,kenapa
muram ja ni?’tegur rakanku.
’Aku kena
halau dari rumah buruk tu,sekarang ni aku nak tinggal di mana?’jawabku
kebingungan.
‘Jangan
risau Ajib,sekarang inilah rumah kau.Selamat datang ke syurga.’Kata kawanku
sambil ketawa terbahak-bahak.
‘Tapi ,aku
tak bawa sebarang baju ke sini,’kataku kekeliruan.
‘Banyak
sangat tapi kau tu Ajib,sabar jib ,Aku akan pastikan kau dapat hidup di tempat
ni .Kita kan sahabat dunia akhirat.Dah,sekarang ni mari ikut aku.Banyak rahsia
dalam hutan ni yang kau tak tahu Ajib.Sekarang kau dah tinggal di sini.Dah jadi
ahli kumpulan kami.kata kawanku ikmal untuk menyedapkan hatiku.
Aku segera
menongkatkan motosikalku berdekatan pokok yang rendang.Ikmal membawaku masuk ke
dalam hutan belantara itu.Jauh sekali kami berjalan di dalam hutan itu.’Ke mana
Ikmal nak bawa aku ni,’bisik hati kecilku.Sejauh 5 kilometer kami berjalan.Kami
tiba di satu rumah banglo yang agak usang.Tak ku sangka Banglo tersebut berada
di dalam hutan belantara sebegini.Bunyi orang menjerit mengejutkan aku yang
sedang kekeliruan.
‘Bunyi apa
tu Ikmal?’tanyaku untuk mendapatkan kepastian.
‘Sabar,kejap
lagi kau akan tahu jawapannya.’Kata Ikmal sambil tersenyum sinis
Kerisauan
mula timbul di dalam sanubariku.Beberapa minit kemudian pintu banglo tersebut
dibuka oleh Ikmal .Ikmal menggerakkan-gerakkan jari telunjuknya ke arahku untuk
memanggilku masuk ke rumah tersebut.Dengan perasaan yang bercampur baur,aku
memberanikan diri untuk masuk ke dalam banglo tersebut.Sampai di hadapan pintu
aku terkejut melihat seorang lelaki berbadan tegap berkaca mata gelap sedang
menghiris jari seorang lelaki tua.Baru aku tahu suara yang menjerit tadi adalah
suara milik lelaki tua tersebut.Tapi,kenapa agaknya dia diperlakukan
sebegitu?Berbagai-bagai soalan bermain di mindaku.Ikmal pergi ke arah lelaki
berbadan tegap tersebut dan membisikkan sesuatu ke arah telinganya.Lelaki
berbadan tersebut mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali.Lelaki tersebut
bangun dari tempat duduknya lalu menghampiriku.
‘Kau nak
jadi ahli kumpulan ni ya?’tanya lelaki berbadan tegap tersebut.
‘Ya’jawabku
sambil menundukkan kepalaku.
‘Nah,ambil
pisau ni,pergi sambung kerja aku.’Kata lelaki tersebut sambil menghulurkan
pisau kepadaku.
Aku bagaikan
dihasut oleh syaitan.Aku terus mengambil pisau tersebut dan menghiris jari
jemari lelaki tua itu sehingga putus.Aku sudah hilang pertimbangan.Akalku gagal
menentukan di antara hak dan bathil.Semua orang yang berada di situ terpegun
dengan sikap ganasku.Mereka bersorak kegembiraan.
‘Padan muka
kau orang tua,pandai pinjam duit,tapi nak bayar tak pandai,sekarang kau
rasakan.kata salah seorang di antara
mereka.kini baruku tahu mengapa lelaki tua tersebut diperlakukan sebegitu.Aku
letakkan pisau tersebut dan pergi mendapatkan Ikmal.
‘Ganas juga
kau ni Ajib.’kata Ikmal sambil menepuk-nepuk belakangku.
Aku
bersalaman dan berkenalan dengan semua ahli kumpulan tersebut.Aku tidak
menyangka begitu ramai ahli kumpulan itu.Mereka terdiri daripada lelaki dan
perempuan .Kesemuanya memakai pakaian berwarna hitam.
Setelah
beberapa hari aku bersama kumpulan itu,aku dapat rasakan hidupku kini berubah
sepenuhnya.Setiap malam kami disajikan dengan lagu-lagu rock,makan darah
kambing,minum arak,dan berkhayal.Di waktu pagi,semua ahli kumpulan pergi ke
Bandar untuk mencari wang untuk membeli dadah ,kerana dadah yang selalu diambil
oleh kami harus dibeli daripada ketua kumpulan.Pelbagai cara kami gunakan untuk
mendapatkan duit antaranya pukau,ragut,rompak.
Pada satu
hari,aku gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah.Disebabkan terlalu
ketagih,aku bertekad untuk mendapat wang untuk membeli dadah walau dengan apa
cara sekalipun.Aku menunggang motosikal ke rumah kediaman keluargaku.Hatiku
lega kerana motosikal milik ayahku tiada di bangsal.Aku melangkah
perlahan-lahan menaiki tangga supaya tiada sesiapa menyedari kehadiranku.
Mataku liar memerhatikan ruang tamu rumahku.Jarum jam di dinding tepat menunjukkan jam 11 pagi.Kebiasaannya pada waktu sebegini ibuku akan menunaikan solat dhuha.Aku melangkah perlahan-lahan ke bilik ibuku.Aku melirik mataku ke arah bilik solat di rumahku.Aku tersenyum sendirian.Seperti yang ku jangkakan ,ibuku berada di dalam bilik solat.Tanpa melengahkan masa,aku memperlahankan langkahku ,supaya bunyi tapak kakiku tidak disedari ibu
Mataku liar memerhatikan ruang tamu rumahku.Jarum jam di dinding tepat menunjukkan jam 11 pagi.Kebiasaannya pada waktu sebegini ibuku akan menunaikan solat dhuha.Aku melangkah perlahan-lahan ke bilik ibuku.Aku melirik mataku ke arah bilik solat di rumahku.Aku tersenyum sendirian.Seperti yang ku jangkakan ,ibuku berada di dalam bilik solat.Tanpa melengahkan masa,aku memperlahankan langkahku ,supaya bunyi tapak kakiku tidak disedari ibu
Ini
merupakan kali pertama aku berada dalam bilik ibuku.Entah kenapa ibu dan ayahku
melarang aku dan adikku berada dalam bilik mereka.Persoalanku selama beberapa
tahun yang lalu telah terjawab.Rupa-rupanya ayah telah mewarisi keris kebanggaan arwah datuk
yang sangat terkenal dengan ilmu persilatannya.Kini ,ayahku telah mewarisi ilmu
persilatannya.Aku menyangka Pak Teh Hasan yang mewarisi keris tersebut kerana
Pak Teh lah yang menyambung tugas arwah datukku menjadi guru silat kampung
kami.Aku menghampiri keris tersebut dan cuba menyentuhnya.Tetapi aku sudah
kesuntukan masa ,Aku terus mengalihkan badanku ke arah almari dan
mendekatinya.Aku cuba membuka pintu almari.Tetapi harapanku hampa kerana almari
tersebut berkunci.Aku menendang pintu almari itu sekuat hati untuk membukanya.Setelah
Berjaya memecahkan pintu almari,Aku menggeledah almari tersebut dengan rakus
sekali.Senyuman mula terukir di wajahku apabila aku menjumpai sebuah beg yang
berisi emas yang sangat banyak.Habis bersepah baju ibu dan ayahku di atas
lantai.
Tiba-tiba
aku disentuh oleh seseorang dari belakang,belum sempat untukku mengalihkan
pandangan ke belakang,aku telah ditendang sekuat hati hingga terperosok ke
hujung bilik.
Aduh!aku
menjerit kesakitan.
Kepalaku
terhantuk di meja yang terdapat di hujung bilik itu dengan kuat sekali.Darah
mula mengalir dan jatuh menyembah bumi dari kepalaku bagai turunnya air dari
daun keladi.Lalu,sesusuk tubuh yang agak tegap menghampiri diriku.Dia menarik
rambutku dan menggenggam penumbuk untuk membelasahku.Tetapi dia membatalkan
hasratnya apabila melihat wajahku
‘Ya Allah !
abang Ajib.Maafkan adik abang,adik ingat pencuri yang masuk dalam rumah
tadi’.Kata adikku Shahrul sambil melepaskan kembali rambutku.
Aku hanya
mendiamkan diri dan membawa beg yang berisi emas tersebut keluar dari bilik ibu.Belum sempat untukku melangkahkan
kaki keluar dari rumah,aku disapa oleh suara ibuku yang sayu.Entah mengapa aku
rasakan langkahku menjadi kaku apabila mendengar suara ibu.Ibuku merenung
wajahku yang penuh dengan tatu,telingaku dihiasi subang-subang berwarna hitam
,tidak kurangnya juga dengan hidung dan lidahku.Semuanya telah ditindik oleh
subang-subang berwarna hitam.
Adikku kemudiannya
datang ke arahku dan merentap beg dari tanganku.Rentapan adikku yang kuat
Berjaya melepaskan beg dari genggamanku.Aku rasa tercabar dengan perbuatan
adikku itu.Badanku menggigil-gigil menahan kemarahan.Aku menggengam erat jari
jemariku dan terus menumbuk muka adikku.Adikku menepis tumbukanku dengan
mudah.Adikku dan aku mula membuka langkah silat masing-masing.Kami bergelut
dengan menggunakan langkah silat yang kami pelajari dari Pak Teh.Aku tidak
menafikan langkah dan serangan adikku lebih mantap berbandingku kerana dia
merupakan pesilat yang paling lincah di kampung kami.Segala buah kunci,buah
pukulan jatuh yang ku lakukan diatasi oleh adikku dengan mudah.Ibuku tidak
henti-henti menggesa kami hentikan pergelutan.Tetapi ,Kami tetap mengendahkan
kata-kata ibu kerana kedua-duanya dirasuki nafsu amarah yang tinggi.
Aku
mengambil pisau dari dalam poketku.Pisau itu sering ku bawa untuk membuat
persediaan semasa meragut bersama ahli kumpulanku.Aku terus menghunuskan pisau
ke arah adikku.Tetapi adikku masih mampu menangkis seranganku.Aku menolak
adikku dan menyepak kakinya,adikku jatuh terlentang di atas lantai.Tanpa
berfikir panjang aku terus menikam adikku bertubi-tubi hingga darahnya
terpercik ke mukaku.Aku hentikan tikaman apabila adikku sudah tidak bermaya
lagi.Aku sempat melihat mulut adikku terkumat-kamit membaca sesuatu dan aku
pasti adik aku sempat mengucapkan lafaz syahadah sebelum roh berpisah dari jasadnya.Adikku
menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam ribaanku.Aku terkedu ,degupan
jantungku semakin kencang.
Adik,jangan
tinggalkan mak nak,kata ibuku sambil
memeluk erat jasad kaku adik.Aku cuba mendekati ibu untuk memohon maaf,belum
sempat aku mengeluarkan kata-kata pipiku terasa pedih bagaikan terkena air yang
sangat panas.Tamparan ibuku hinggap ke mukaku yang dipenuhi tatu.Aku terdiam
kaku seperti jasad adikku.Sepanjang hidupku, tidak pernah ibuku melakukanku
sedemikian rupa.Dahulu ,semasa ku dipukul dan dimaki oleh ayah,ibu yang menjadi
tempatku mengadu,ibu sentiasa mengeluarkan kata-kata azimat untukku untuk
memulihkan kembali semangatku.
‘Keluar dari
rumah aku.Aku tak pernah ada anak sejahat ni.Kau bukan anak aku!aku tak
halalkan susu yang kau minum dari badanku!Pergi!pergi!kata ibu sambil menolakku
ke luar rumah.
Aku bagaikan
bangkai bernyawa sewaktu ibuku berkata begitu.Langkah kakiku lemah gemalai
menuju ke motosikalku.Aku rasa bagaikan diriku sudah mati.langkah kaki di atas
muka bumi ini sudah tidak dapat ku rasakan lagi.Aku menunggang motosikalku
tanpa arah dan tujuan.Aku rasakan diriku sudah tiada gunanya lagi.Sejauh 20
kilometer aku menunggang motosikalku,aku tidak tahu ke mana harus ku
tuju.Beberapa minit kemudian aku terdengar muazzin melaungkan azan.Laungan azan
yang dilaungkan akurasakan seperti menembak masuk ke dalam hatiku.Hatiku
menjadi sayu apabila mendengar kalimah kalimah yang mulia itu.Terasa bagai ada
satu kuasa yang menarikku ke arah masjid yang berdekatan.
Sampainya
aku di pintu pagar masjid itu menjadi persoalan kepada semua orang yang berada
di situ.Mereka seolah-seolah sedang melihat makhluk asing di hadapan
mereka.Semua mata-mata di situ seolah-olah memerhatikanku.Mana tidaknya,dengan
muka dipenuhi tatu,bertindik di sana-sini,dengan seluar jeansku yang koyak di
sana sini menjadi persoalan kepada mereka semua.Aku terkaku di hadapan pintu
pagar masjid.Secara tiba-tiba seketul batu yang agak besar hinggap di kepalaku.
Hoi !kau
buat apa tu?nak mencuri ya?kata salah seorang daripada orang yang berada di sekelilingku.Darah
mengalir dari kepalaku sekali lagi.Aku segera memecut motosikalku pergi
meninggalkan mereka.Kejamnya dunia,sering memandang serong terhadap orang
sepertiku,tidak hairanlah jika kita lihat ramai para remaja sanggup menceraikan
jasad dan rohnya sebelum ajalnya.Bisik hati kecilku.
Aku
menghentikan motosikalku di sebuah kampung,aku menggagahkan diriku untuk
berjalan ke rumah berdekatan ,tetapi ,aku sudah tidak bermaya,segala-galanya
menjadi kabur.Aku terjatuh di atas jalan tar yang sangat panas.Tetapi aku sudah
tidak dapat lakukan apa-apa lagi.Aku rasakan tubuhku seperti batu.Tidak dapat
bergerak lagi.Aku sedar ini balasan Allah atas perbuatanku terhadap keluargaku
dan maksiat yang aku lakukan selama ini.Akhirnya,aku tertidur di atas jalan tar
yang hangatnya seperti air yang mendidih.
Kedua-dua
kelopak mataku bergerak-gerak untuk memperlihatkan daku akan kebesaran Allah sekali
lagi.Aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih memberikan aku masa untukku
bertaubat kepadanya.Aku terkejut apabila mendapati diriku berada di atas tilam
karpet yang agak empuk.Di manakah aku sekarang ?adakah aku masih bermimpi?aku
menampar-nampar pipiku untuk memastikan aku benar-benar terjaga dari tidur yang
lena.Ya Allah,rupa-rupanya aku benar-benar terjaga di alam dunia yang
fana.Dunia yang penuh dengan tipu daya.Tetapi,adakah Allah akan menerima
taubatku ?Aku sudah hanyut dengan tipuan dunia.Mataku gagal melihat jalan-jalan
kebaikan kerana telah ditutupi oleh
syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan manusia.Segalanya dusta dan gelap
mengaburiku.Aku tersasar daripada jalan kebenaran.Ya Allah,Adakah kau akan
ampuni dosaku ini?jerit hati kecilku.
Seorang
lelaki yang agak tua dan berjubah datang kepadaku.Aku seakan-akan kenal akan
lelaki tersebut.
Kamu sudah
bangun ya nak?Apa tujuan kamu datang ke Kampung Lubuk Tebrau ini nak?petang
tadi pak cik nampak kamu terbaring di atas tar.Pak cik dan anak Pak Cik bawa
kamu ke bilik rehat dalam masjid ni.Kata Lelaki tersebut sambil menghulurkan
air kepadaku.
Aku
ternampak kesan balutan di tangan kanannya.Ya Allah,inikan lelaki tua yang
menjadi mangsa keganasanku tempoh hari?Kerana terlalu rakus dengan kemewahan
dunia aku sanggup menghiris jari jemarinya.
‘Nama pak
cik Harun,sebenarnya pak cik kenal kamu,kamu yang menghiris tangan pak cik
tempoh hari bukan?’jangan risau pak cik dah maafkan kamu.Mungkin ini kafarah
yang Allah berikan kepada pak cik kerana pernah membunuh adik pak cik semasa
pak cik remaja seperti kamu nak’Pak cik itu berkata dalam suara
tersekat-sekat,Aku dapat melihat takungan air di kelopak matanya.Mungkin dia
segan menitiskan air matanya di hadapanku.
Nak,kamu dah
solat ?tanya pak cik itu.
Aku terdiam
sejenak,solat?seumur hidupku hanya sekali dua sahaja aku bersolat.Itupun semasa
aku darjah lima.Semasa ujian amali untuk peperiksaan UPKK.Ibuku selalu
menegurku untuk bersolat apabila aku asyik menonton cerita kartun sewaktu
dahulu.Aku selalu berpura-pura mengambil air sembahyang,aku basahkan
tangan,muka,kaki,kepala dan kemudian aku terus pergi ke bilikku untuk solat.Aku
menutup pintu bilikku kemudian berbaring di atas katil.Jika ibuku membuka pintu
aku akan berpura-pura duduk dalam posisi tahiyat akhir.setelah sekian lama
termenung aku memberanikan diri bercakap dengan lelaki
tersebut
Pak cik
sa..sa..yaa..tak pernah sembahyang pak cik.jawabku dengan terketar-ketarAstaghfirullahalazim,.Pak
Cik Harun hanya menggeleng-gelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan berulang
kali
‘Jom,ikut
pak cik balik rumah,’Kata pak cik Harun sambil memegang tanganku dengan penuh
kasih sayang.
Sampai di
rumahnya ,Pak cik tersebut menunjukkan aku kepada isterinya.Isteri Pak cik
melebarkan senyumannya terhadapku.Subhanallah,mulianya hati kedua insan
ini.Mereka sanggup menjagaku walaupun sudah mengetahui latar belakangku.Tiada
sebarang perasaan dendam dan marah terhadapku.
Setelah
makan tengahari bersama keluarga Pak cik Harun,aku meminta diri untuk
mandi.Tetapi pak cik Harun menahan keinginanku.Pak cik mengajakku ke arah ruang
tamu.Pak cik Harun mengeluarkan buku fekahnya yang bertajuk ‘Indahnya Bersuci’.Pak
cik Harun mengajarku cara-cara untuk mandi wajib dan cara untuk mengambil
wudhuk dengan tepat.
Setelah
selesai mandi dan mengambil wudhuk seperti yang diajarkan oleh pak cik Harun.Aku
segera mendapatkan pak cik yang berada di luar rumah setelah berkali-kali
memanggilku.Dia mengajakku untuk bersembahyang di masjid.Dengan menaiki
motosikal milikku kami bersama-sama pergi ke masjid.Sampai sahaja di masjid aku
dan pak cik melangkahkan kaki ke arah Jemaah yang sedah bersembahyang.Aku hanya
mengikut setiap perbuatan yang dilakukan oleh pak cik tersebut.Setelah selesai
bersembahyang dan berzikir serta berdoa pak cik Harun mengajakku pergi ke
hujung masjid.Dia menekan suis untuk menghidupkan kipas.
Pak cik
Harun mengajarku cara untuk solat dengan sempurna dan membaca al-quran.Selesai
proses pembelajaran kami pulang ke rumah.Begitulah kehidupanku di kampung Selat Tebrau.Aku bersyukur ke hadrat
ilahi kerana mempertemukan kembali jalan untukku megubah kehidupanku.Tetapi,aku
masih belum merasakan ketenangan di hatiku ini.Hari berganti hari,minggu
berganti minggu ,sedar tak sedar sudah tujuh bulan aku tinggal di kampung
ini.Syukur Alhamdulillah dengan berkat usahaku belajar setiap hari,kini aku
dapat membaca Al-Quran dengan lancar.Sembahyang ku juga kian sempurna.Tetapi
mengapa ketenangan yang sepenuhnya belum ku miliki.Aku memberitahu masalah yang
ku hadapi kepada pak cik tersebut.
‘Pak
Cik,saya rasa dosa saya terlalu banyak pak cik,saya dah tak layak terima
keampunan dari Allah.’Kataku sambil menahan air mataku yang cuba untuk
mengalir.
Segala-galanya
telah ku lakukan.Aku pernah menyuarakan masalah tersebut kepada imam masjid
sebelum ini,Imam menyarankan aku supaya melakukan solat sunat taubat,dan
berqiamullail setiap hari.Sepanjang tujuh bulan berada di sini.Aku tidak pernah
terlepas dari melakukan qiamullail dan sembahyang sunat taubat.setiap kali ku
berdoa kepada Allah pasti air jernih dari sepasang mataku akan membasahi
pipiku,
‘Jangan kata
begitu nak, Allah maha pengampun lagi maha penyanyang nak.Allah tak pernah
membenci kita walaupun sebanyak mana salah yang kita lakukan kerana asalnya
diri kita adalah seorang yang berhati mulia dan bersih dari segala dosa.Tetapi
Allah membenci perbuatan kita yang seakan-seakan tidak sedar bahawa kita hanya
hamba kepadanya.Cuba kamu fikir apa salah yang pernah kamu lakukan hingga
menyebabkan kamu sukar mendapat ketenangan’.kata pak cik Harun kepada diriku.
Aku
memejamkan mataku seerat-eratnya, dengan serta merta wajah ibu,ayah dan adikku
berlari-lari dalam mindaku.Aku terbayang saat aku mula berubah menjadi jahat
hingga ibuku menghalauku dari rumah itu.Aku membuka kedua belah kelopak mataku
dan aku menceritakan kepada pak cik Harun semua yang terimbas di dalam mindaku
sebentar tadi.
‘Baliklah
nak,pulanglah ke tempat asalmu.kata pak cik Harun dengan nada yang sedih.Aku
tahu dia simpati dengan nasibku.
‘Tapi Pak
cik,kedua ibu bapa saya telah membenci saya pak cik’balasku.
‘belum cuba
belum tahu’kata pak cik tersebut
‘baiklah pak
cik,terima kasih kerana banyak mengajar saya selama ini.Jasa dan pengorbanan
pak cik takkan saya lupakan.
Selepas
subuh aku bersalaman dengan semua Jemaah-jemaah di masjid itu.Aku memohon maaf
kepada mereka semua atas segala kekhilafanku sepanjang berada di kampung itu.Aku
menunggang motosikalku meninggalkan mereka.Kenangan ku bersama mereka takkan
pernah ku lupakan.Kini aku menunggang motosikalku ke arah rumahku.Apa reaksi
ibu apabila melihatku?sihatkah ibu di sana?bagaimana pula dengan ayahku?bermacam-macam
persoalan berlegar-legar di dalam mindaku.
Sampai
sahaja di rumah,aku terus menongkatkan motosikalku di bawah sebatang pokok yang
rimbun,Aku memberanikan diri,melangkah ke arah pintu rumah yang penuh dengan
sejarah silam.Sekali sekala aku menelan air liurku tanda ku takut untuk
berjumpa dengan kedua ibu bapaku.
“Assalamualaikum”aku
berkata dengan suara yang agak lantang supaya didengari oleh ibu dan ayah ku.
‘Waalaikummussalam’Jawab
Ibuku ,
Setelah
ibuku berada di muka pintu ,aku terus merebahkan diriku dihadapannya,
‘Maafkan
ajib mak,ajib bersalah,Ajib bersalah mak.Ajib menyesal dengan perbuatan Ajib
mak.Kataku sambil meraung kesedihan
‘Sudahlah
jib,mak dah maafkan kamu nak,mak sering berdoa agar kau kembali ke pangkuan
mak,mak mana yang tak sayangkan anak jib?kata ibuku sambil memeluk erat
tubuhku.
Lalu ayahku
datang kepada kami ,aku turut merebahkan badanku di hadapan ayah tetapi
perbuatanku itu dihalang oleh ayahku.
‘Ayah dah
maafkan kamu jib.Ayah tahu ayah yang menyebabkan kamu jadi sebegitu.Ayah tak
berikan didikan agama kepada kamu dengan sempurna.Kata ayahku sambil memeluk
erat tubuhku.
‘Sudahlah
nak,mari kita bina ikatan keluarga yang baru,kita lupakan kisah silam yang
lalu,yang pergi tetap tetap akan pergi dan tak akan kembali.Mari kita bina keluarga yang
bahagia berlandaskan suruhan agama.Kata ibuku sambil memeluk
belakangku.Ketenangan yang ku cari selama ini telah ku temui,Aku bahagia berada
dalam dakapan kedua ibu bapaku.Air mataku membasahi pipi dengan banyaknya
sekali.
‘Ajib,Ajib
,apa yang kau termenungkan tu ?cepatlah ambil air sembahyang.Mak dah sudah
mandi ni.Suara ibuku menyedarkan aku dari lamunanku,
Aku
meletakkan gambar tersebut di kabinet dan mencium pipi ibuku lalu aku pergi
mengambil air sembahyang untuk menunaikan solat fardhu asar berjemaah bersama
ibuku.Aku mengesat air mata yang tersisa di pipiku .Aku bersyukur kerana Allah
telah memberikan taufik dan hidayahnya kepadaku.Aku berharap aku akan membesar
menjadi manusia yang berjaya suatu hari nanti
weiiii... cerpen nii terbaikkk arhhh.... hang updatee sikit2 lagii bgi tambah menarikk nah.. heheheee...
ReplyDeleteinsyaAllah ,,
ReplyDeleteAwak ambk dkt mana cerpen ni? Sbb ada ujian UPKK.
ReplyDelete